Latarbelakang


SEJARAH PENUBUHAN

                 Selama hampir 10 tahun berkecimpung dalam industri makanan secara kecil-kecilan, timbul hasrat untuk menjadikan bidang ini sebagai pilihan menjalankan perniagaan secara lebih agresif.Pengalaman itu menjadi pendorong untuk membuka sebuah syarikat sendirian berhad dan bergerak secara lebih serius. Tambahan pula industri makanan di negara ini semakin mendapat pasaran yang luas dan mempunyai potensi yang sangat memberangsangkan.Satu Azam Sdn Bhd  ( SASB ) akhirnya ditubuhkan pada 17 April 2007 dan menjalankan perniagaan berasaskan makanan sejuk beku. Sebelum ini syarikat kami telah terlibat dalam pemasaran produk D’ibu di kawasan Lembah Klang selama hampir setahun. Pemasaran produk termasuk di Pasaraya seperti Bazaar, Checkeers, Econsave, MYgroceries, Segi dan pasaraya-pasaraya kecil yang lain.Berdasarkan potensi dan pengalaman memasarkan produk ini timbul minat untuk membuat nilai tambah terhadap produk yang dihasilkan. Alam Abjad Sdn Bhd sebagai Anchor projek Halal Hub yang bertempat di Melaka telah menawarkan peluang unutk menjadi salah satu daripada 13 vendor yang akan berpusat di Serkam , Melaka.

OBJEKTIF

  • Kertas kerja ini juga akan mengemukakan tahap daya maju projek dan prospek pengeluaran produk makanan tersebut agar dapat dapat mengeluarkan produk halal terutamanya oleh bumiputera Islam selaras dengan harapan kerajaan agar kualiti makanan yang dikeluarkan dijamin suci, selamat dan halal.
  •   Mengeluarkan produk yang berkualiti selaras dengan permintaan produk-produk halal Negara dan Negara Timur Tengah.
  •   Mengeluarkan produk secara sistematik yang memenuhi permintaan pasaran dan memperolehi 55% atas batas keuntungan.
  •   Mengeluarkan produk secara sistematik yang memenuhi spesifikasi GMP (Good Manufacturing Practise)
  • Memperbaiki proses inventori, mengurangkan kos produk terjual di samping memelihara kualiti pengeluaran.
  •   Menyediakan peluang kerjaya kepada komuniti setempat.

MISI

Pengeluar produk hasilan ikan halal dan berkualiti, digemari serta dikenali dalam dan luar negara.

VISI

  • Penyumbang terbesar pengeluar produk halal untuk orang Islam.
  • Penghasilan produk yang bermutu tinggi, mengutamakan kualiti darisegi kepelbagaian rasa dan nilai.